Wednesday, January 13, 2010
Saturday, December 12, 2009
Tuhan.
Tuhan.
Tuhan
Cerahkan langitMu untuk aku Tuhan
Cahayakan malamMu untuk aku Tuhan
Buka hati aku untukMu Tuhan
Isikan jiwa kosongku kembali ya tuhan
Aku rindu kamu ya Tuhan.
Aku dambakan cinta suciMu Tuhan.
Aku mahu ke sana jumpaMu Tuhan.
Berikan aku peluang Tuhan.
Aku lalai di hadapanMu Tuhan
Aku ingkar di sisiMu Tuhan
Aku sombong kepadaMu Tuhan
Aku lupa azabMu Tuhan
...
Maafkan aku
Tuhan
Wednesday, August 19, 2009
Notification
update sket ;)
Melantak sebelum puasa.apakah ini semua?
***
Nyatakan 5 fakta menarik mengenai si pemberi award :
1. Dia suka forrest gump.
2. Dia suka tengok gambar-gambar.
3. Dia suka bunga.
4.Dia sayang semua family dia.
5. Dia sayang semua kawan-kawan dan kenalan dia.
(jawapan bocor:P)
Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/ hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:
10 in 1 : makan,melancong,art,bolasepak,biz,latest gadjet,pantai,snorkeling,monmon :)
Anda perlu memilih penerima award seterusnya, dan describe tentang mereka.
owh tiada bloglist.dikecualikan :P
Saturday, July 25, 2009
ketidaksempurnaan
Yasmin Ahmad.
nota : Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam semalam.Al-Fatiha.
Sunday, June 14, 2009
first breath after coma
bersedih atau bersyukur
Pernah kamu alami atau terbayangkan bagaimana situasi sesorang telah koma dapat membuka mata dan bernafas seperti sediakala?
Bangun dah terus bertanya-tanya apa yang terjadi sebelumnya.Apa yang terdaya cuma mampu tunduk dan mengalir air mata kerana tidak tahu di mana hendak bermula.Terlalu asing dan sunyi.
Tiba-tiba sesorang berada di sisi anda mengusap air mata dan meletakkan tangannya dibahu anda dan berkata...
"Syukur..Tuhan telah beri peluang kedua"
nota : jadi jangan bersedih..bersyukur ya :)
Wednesday, June 3, 2009
retrospective isnin lepas
cuti sem dah
Masa bukan musim bercuti,bukan main hebat imaginasi sampai ke Kota Paris.Tapi bila dah mula cuti .blurr.
nota : nasib baik ada malam bbq yang hebat! :)
Thursday, May 21, 2009
Parodoxical novel 5cm
.Bukan novel biasa.
Ni bukan buku Microelectronic by Sendra Smith.Ni adalah ole-ole dari Jakarta sebuah novel Indonesia yang bakal mengubah sedikit pandangan dunia saya beberapa darjah.
Buku ni saya dapat tahu melalui seorang blogger dari Bandung lebih setahun lepas.Saya tidak habis baca lagi jadi tak boleh review novel 5 cm contengan Donny Dhirgantoro.Apa-apa novel ni mencerita kehidupan gila-gilaan 5 sahabat yang pelbagai kerektor hidup dalam dunia mereka.Tema friendship memang agak biasa dan buku ini bukan la seperti cerita The sisterhood of the Travel pants ya.Tapi 5 cm lebih dari itu.
kenapa buku ini patut baca?kalau ikutkan sebenarnya kita semua memang selalu ingin tahu tentang kehidupan orang lain,tak kira la sesiapa.Jika tak mungkin kamu tidak akan lawat blog ini bukan?:P
nota : curi-curi masa ;P
Friday, May 15, 2009
Expatriate in jakarta
Jakarta doeng!
hampir 32 hari saya tidak update blog.tapi ntah kenapa lagu ternyata oleh band Estrella buat saya mengidam nak update blog.
terima kasih kepada yang menghadiahkan lagu istimewa ni :)melodi dan lirik lagu ni buat saya ingin terbang macam dalam cerita Mukhsin.
rasanya tak sempat saya nak berkongsi pengalaman ke Jakarta.apa-apa pun layan gambar dulu la ok?
nota : terima kasih kepada kawan yang bertungkus-lumus siapkan assignment ketika saya melancong :D
Sunday, April 12, 2009
kosmologi moden
Dan teori nombor
Kosmologi moden dan teori nombor?apa kejadah ni?sequel movie XX-ray Aziz.M.Osman baru ke?
Sebelum tu ini bukanlah pos untuk tugasan yang dipaksa oleh mana-mana pensyarah ya.Sekarang ni trend pensyarah mengguna blog untuk stalk pelajar supaya menyiapkan tugasan mereka semakin popular.Dipaksa untuk post blog seminggu sekali tu kira normal.Tapi rasanya hanya pensyarah dekat MMU suka cara ni.ye ke?ntah la.
Apa-apa pun jika kamu tidak ada idea tentang tajuk kosmologi moden secara ringkasnya ia adalah bidang yang agak luas mengkaji tentang alam semesta serta mengkaji persoalan-persoalan asas pembentukan dan kejadian alam itu sendiri.
Pernah kamu dengar Teori Relatif dari Einstien dan Teori Letupan Besar Stephen Hawking?Teori itu adalah hasil bidang kosmologi.
Jika kamu rasa diri sedikit dibawah tempurung dalam pemikiran fizik semasa .Apa kata kita sama-sama meluang sedikit masa untuk ini.
Wednesday, April 8, 2009
Tuesday, April 7, 2009
panas salju
Perihal cuaca semasa
tengahari tadi ada pembentangan Islamic Studies,salah seorang dari mereka dari Kazakhstan bercerita pengalaman puasa di sana.Jika puasa di musim panas cuma 8 jam dan jika puasa musim sejuk lebih kurang 19 jam.Tak sampai bebarapa saat selepas tu fikiran saya terus melayang sehingga habis pembentangan
emm bila la agaknya nak main salji dekat negara musim sejukk ni!
nota : siapa nak rasa musim panas seperti bercuti di Rio de Janeiro,jemput la datang ke cyberjaya ya jangan lupa bawak sunblock.
Saturday, March 14, 2009
Rafa,Torres,Gerrad,Aurelio dan Dossena
Terima kasih semua
Akhirnya dapat juga tengok Manchester United di bawah kendalian Sir Alex diayam-ayamkan dekat Old Trafford.
Impian sejak bangku sekolah rendah lagi dah tercapai! Selepas ni nak tengok Spirulina FC bantai Victory FC pulak.
nota : Tabik spring untuk Liverpool!!
Wednesday, March 4, 2009
Angkasawan Fantasia 7
Brain freeze zzzt!
kalau jam 3 pagi neslo ais bungkus yang kamu pesan dari teman sebilik baru tiba dan kamu hirup sehingga brain freeze! sampai hilang nafsu tidur.Apa yang kamu buat?
buka buku atau buka blog?hmmm
buka blog sementara brain freeze hilang ok?(alasan)
hari ni sebelum start kuliah sesi sebelah petang saya sempat belek-belek buku "Reaching For The Stars" oleh Sheikh Musthapa Shukor Al-Masrie(arwah) yang menceritakan kisah hidup abangnya menjadi angkasawan pertama negara.Olahan buku ini sungguh mengagumkan!banyak 'element of suprise' dalam buku nih.
Harap-harap lepas ni kerajaan dan Astro buatlah satu rancangan realiti-Angkasawan Fantasia ,pemenang dapat jadi angkasawan negara.Kalau ada,jangan cerita panjang sayalah orang pertama beratur untuk sesi ujibakat.Dapat tak dapat haa yang tu kita tak tahu.
Jangan lupa AFundi saya!Im Sorryyy~
Tuesday, March 3, 2009
aktivis diperlukan segera
On 10th of March , 14 clubs and society in MMU Cyberjaya collaborates bringing justice for Palestine in the eyes of everyday Malaysians especially MMU students,regardless of race and religion.We want everyone to see this issues as a serious humanitarian crisis
Save Gaza Collaboration Program 2009
MMU CYBERJAYA
Organized By :
Arabic Language Society (ALS)
In Collaboration with :
SRC,IU,UPG,BOWLING CLUB,CMC,PSCPUH, GOLDEN KEY,IEEE,ISS, VOICES,SIFE
we like to invite all of you to become our volunteer in this important event
Divisions Available :
1.Promotion
2.Exhibition
3.Grand Dinner
4.Concert
5.Bowling
6.Marathon
Send in your :
1.Name
2.Faculty
3.Student ID
4.HP Number
To : izuan_m@yahoo. com
For futher information, contact :
Izuan :013-2005763
Khalid :0133706980
Submit before 8th of March 2009
remember..
SILENCE!
IS THE DEADLIEST WEAPON OF MASS DESTRUCTION
Izuan Mustaffa
Assistant Secretary II
SAVE GAZA 2009
Tuesday, February 24, 2009
update seyh!
Saya nak ni boleh?
saya tengah negotiate dengan member forum lowyat.net untuk jadikan VistaQuest sebagai pengganti koleksi lomo analog saya yang hilang entah kemana.Dengan VistaQuest ni saya akan cuba update blog lagi laju dari wartawan Naz Ahmad dalam segmen terjah Melodi.Confirm!
Sesiapa berminat mesej saya ya,lagi ramai order lagi murah.Sekarang price start RM200.Mereka order dari Jepun.
Bawah ni contoh gambar VistaQuest.Diambil dari sini.


Monday, January 19, 2009
updated
Punch Line #1
Saya mungkin ada 60 saat sebelum line broadband oleh syarikat Telco C yang saya guna akan disconnect dengan sendirinya,jadi entri kali ini saya post seringkas yang mungkin.Bukan malas nak update,cuma malas nak layan line broadband yang agak mengada-ngada ni.
dibawah adalah beberapa 'punch line' apa yang berlaku sepanjang beberapa minggu ini yang
menarik perhatian saya.
1.Pengunduran dan gencatan senjata oleh tentera Zionis dari Gaza.
Jangan terpedaya dan leka lagi dengan satu lagi telenovela rejim Zionis terhadap gencatan senjata terbaru.Ini adalah taktik Israel untuk membodek presiden baru Amerika,Barrack Obama yang bertugas secara rasmi hari ini.Kawan-kawan yang memboikot sila terus memboikot yang menderma teruskan menderma selagi boleh.Kempen free Palestin mesti diteruskan.
2.Program 'Save The Palestinian' oleh NGOs sedunia di Bangsar.
Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menyertai program yang diberi nama 'Coalition of NGOs Against Persecution of Palestinians'-COMPLETE.Saya akan cerita tentang bagaimana saya boleh sesat sertai aktivis COMPLETE edar flyers sehingga ke Wangsa Maju di entri yang lain.
3.Pilihan raya kecil di Kuala Terengganu.
Taniah kepada PAS kerana memenangi kerusi di KT melalui calonnya Muhammad Abdul Wahid Endut.Nampaknya pembinaan Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam tak dapat memancing undi orang Nganu kita.
Sebenarnya baru saya tahu nak solat di Masjid Kristal dan lawat Taman Tamadun Islam kena bayar RM2!bagi masuk free sudey.
4.Anugerah Juara Lagu ke-23 dimenagi oleh band indie lagi!
Meet Uncle Husin/Hussien/Hussain memang rezeki la menang nasib baik takde Mawi World (ulasan dari Syaher UKM)
5.Mancheter United rampas tempat pertama EPL.
Yang ni memang tak lama.Sekejap jer ni.percayalah
Sekian ringkasan 'punch line' minggu ini.Jumpa lagi minggu depan.Sebelum saya akhiri segmen Punch Line minggu ini,saya tinggal dengan falsafah dari kawan saya.Boleh pakai tak boleh pakai belakang kira.ok?
'Jack of all trade,master of none' - M.H Puteh
*woit areez belanja teh tarik aku promote mencandat nih.
sekian.
Wednesday, January 7, 2009
.sudah habis peperiksaan,jadi?.
Selepas saya menonton pelajar medikal Malaysia di luar negara menghadiri salah satu sesi makmal mereka,saya rasa bersyukur dan akan lebih menghargai sesi makmal sebagai seorang pelajar elektro.Janji.
Setakat programming VHDL,C++ dan Java tu apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan yang ini.
AMARAN KERAJAAN!
kepada siapa yang lemah semangat tolong jangan cuba untuk klik play.Tak pernah saya berasa mual-mual bila menonton video kategori 18SG kecuali yang ini.
jika anda seorang pelajar U dan tekad untuk menonton,tolong ambil ikitbar sesungguhnya ada orang yang terpaksa terima tugasan atau sesi makmal lebih susah dari anda.
.Selamat menonton~
Wednesday, December 31, 2008
.Luar biasa tahun baru!.
Disebabkan peperiksaan akhir semester cuma tinggal seminggu saja,jadi saya cuma sempat merasa tahun baru di tempat yang luar biasa -perpustakaan.
Ya,tolong percaya.
Apa-apa pun sempat jugak buat gimik tahun baru dekat perpustakan Digital Siti Hasmah dengan kawan-kawan MMU,tak la rasa macam seorang yang tak ada life.
Terima kasih ika,shaza dan mai beri hadiah banner tahun baru yang cool,tak lupa juga dekat kuyu ambil gambar dengan telefon bimbit yang pehhh.
Azam tahun baru?
Salah satunya kumpul duit untuk kahwin.Serius.
nota : Yahudi ingin lancar serangan fasa ke-2.Kita doakan sama-sama mereka meletup dengan bom sendiri.amin.
Tuesday, December 30, 2008

kalau ada perkataan yang boleh memberi maksud perasaan yang sangat marah dan geram yang melampau,perkataan itulah mengambarkan perasaan saya ketika ini.
Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 ceder-Palestinkini
360 kematian dicatatkan dan 1700 cedera! ya Tuhan malapetaka apakah ini?dimana negara-negara besar Islam pergi?dimana pemimpin-pemimpin Islam bersuara lantang?dimana orang-orang kaya Islam datang menolong?dimana orang-orang muda Islam ketika ini?
Hanya Sedih dan simpati sampai bila?
Kalau saya dan kamu cuma mengeluh simpati tentang Palestin saja kita tidak akan dapat membuat Israel dan sekutunya untuk undur walaupun setapak.Mungkin ada segelintir sudah muak dengan isu ini sehingga menganggap keganasan Israel dan Palestin tidak akan berakhir sampai bila-bila.Ya mungkin mereka mahu kita rasa muak dalam isu ni.Pembunuhan dan serangan setiap bulan seperti drama bersiri yang kita tonton di tv.
Walaubagaimana pun saya cuba untuk berkongsi beberapa langkah yang saya fikirkan mungkin kita dapat lakukan sesuatu dalam isu ini.Ingat terpulanglah kepada kita untuk mem-BANTU atau mem-BATU.
Terpulang...
1.Berdoa.
Doa adalah senjata paling pantas,mudah dan mujarab bagi kita.Tidak semestinya doa yang panjang berjela,cukuplah jika anda menadah tangan dan berdoa "Ya Allah,selamatkanlah hamba-hambamu di Palestin dari kekejaman tentera Israel".Untuk doa yang lebih panjang sila klik disini.Mudah bukan?.
2.Boikot barangan Amerika.
Negara A.S adalah penyumbang terbesar rejim Zionis,jadi kita perlu boikot produk mereka untuk membantutkan usaha mereka menjadi penyumbang dana terbesar Israel.Ekonomi A.S yang merundum akan lebih terasa jika ramai antara kita memboikot secara konsisten produk-produk mereka.Antaranya McDonald dan Starbuck.Info produk-produk lain sila guna carian Google (sila rujuk tips ke-3).Bole je curi wifi dan buat assignment lewat malam ditempat lain seperti restoran mamak kan?.
3.Guna produk Amerika.
Kamu boleh guna produk Amerika untuk tujuan kempen membantu Palestin.Contohnya,gunakan blogspot,wordpress dan google untuk mencari atau sebarkan maklumat tentang Palestin.Seboleh-bolehnya guna produk Microsoft atau Adobe yang dicetak rompak sahaja.Jika anda mahir photoshop atau illustrator keluaran Adobe,bolehlah buat poster tentang Palestin dan upload di forum-forum seperti Lowyat.net.Lagi satu tolong jangan beli satu pun DVD original keluaran hollywood kerana industri inilah yang memberi pulangan besar kepada Amerika.Beli dipasar malam sudey!.Cara ini saya rasa lebih ramai orang boleh lakukan.
4.Derma dan sumbangan.
Bank-in duit sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad-562263010787.Bantuan ini akan disalurkan untuk tabung palestin.Maklumat lanjut sila klik ini.Kepada perokok sila berhenti merokok dan sumbangkan duit itu ke Palestin.Boleh?.
5.Petition online.
Daftar nama anda untuk menunjuk tanda tidak setuju tentang serangan keatas Palestin.Untuk itu sila klik disini.Lebih ramai lebih bagus.
6.Sebarkan cerita terkini Palestin.
Ya sebarkan kepada sesiapa yang anda kenal seperti kawan-kawan dan ahli keluarga.Mungkin orang disebelah anda ketika anda menunggu kemudahan awam seperti bas dan LRT.Sesiapa saja anda jumpa bila berkesempatan untuk bertegur sapa.Kalau ada blog gunalah blog.Cara ini akan meyumbang lebih ramai orang untuk lakukan langkah 1-6.
7.Program Palestin di tempat anda.
Buat program-program free Palestin untuk sebarkan kesedaran tentang kesengsaraan rakyat Palestin ketika ini.Contohnya,buatlah program-program di kampus atau ditempat kerja anda.Mungkin cara ini akan sedarkan kelompok-kelompok yang kurang peka tentang isu ini.
Ayuh!kita buat apa yang termampu.
sekian.
Sunday, December 28, 2008
Jadi saya harap entri selepas ini tidak terlalu introvert dan memfokus kepada diri saya.Sekurang-kurangnya seminit anda luang masa diblog ni tidak lah keluar seperti tin kosong biskut jacob.
Jadi selepas ini siaran akan ke udara seperti biasa ok?
Tapi bila fikirkan balik,Masalah ini berpunca dari orang kita sendiri yang kurang sensitif.Kononnya ingin bersifat open minded buka blog untuk suarakan secara terang-terangan isu-isu agama yang tidak sehaluan dengan identiti sendiri dan jika rasa hebat lagi cuba mengada-adakan perkara baru dalam agama.Bukan itu saja,ada golongan bila suarakan pendapat dalam blog atau forum dengan mengutuk agama-agama lain tanpa segan silu..Tak percaya taip saja Islam atau Christian dalam youtube dan baca diruangan komen.Golongan inilah melahirkan kelompok anti-islam dan Islamphobia yang tepu.
Kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
sudahkah kita bersedia?
Maah Hijrah dan Palestin.


