Wednesday, August 19, 2009

Notification

update sket ;)











Melantak sebelum puasa.apakah ini semua?


***

award.

Thanks iDa

Nyatakan 5 fakta menarik mengenai si pemberi award :

1. Dia suka forrest gump.
2. Dia suka tengok gambar-gambar.
3. Dia suka bunga.
4.Dia sayang semua family dia.
5. Dia sayang semua kawan-kawan dan kenalan dia.
(jawapan bocor:P)

Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/ hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:

10 in 1 : makan,melancong,art,bolasepak,biz,latest gadjet,pantai,snorkeling,monmon :)

Anda perlu memilih penerima award seterusnya, dan describe tentang mereka.


owh tiada bloglist.dikecualikan :P

Saturday, July 25, 2009

ketidaksempurnaan


kadang kala sesuatu yang sangat sempurna.








Yasmin Ahmad.




nota : Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam semalam.Al-Fatiha.

Sunday, June 14, 2009

first breath after coma

bersedih atau bersyukur





Pernah kamu alami atau terbayangkan bagaimana situasi sesorang telah koma dapat membuka mata dan bernafas seperti sediakala?

Bangun dah terus bertanya-tanya apa yang terjadi sebelumnya.Apa yang terdaya cuma mampu tunduk dan mengalir air mata kerana tidak tahu di mana hendak bermula.Terlalu asing dan sunyi.

Tiba-tiba sesorang berada di sisi anda mengusap air mata dan meletakkan tangannya dibahu anda dan berkata...

"Syukur..Tuhan telah beri peluang kedua"


nota : jadi jangan bersedih..bersyukur ya :)

Wednesday, June 3, 2009

retrospective isnin lepas

cuti sem dah






Masa bukan musim bercuti,bukan main hebat imaginasi sampai ke Kota Paris.Tapi bila dah mula cuti .blurr.




nota : nasib baik ada malam bbq yang hebat! :)

Thursday, May 21, 2009

Parodoxical novel 5cm


.Bukan novel biasa
.



Ni bukan buku Microelectronic by Sendra Smith.Ni adalah ole-ole dari Jakarta sebuah novel Indonesia yang bakal mengubah sedikit pandangan dunia saya beberapa darjah.

Buku ni saya dapat tahu melalui seorang blogger dari Bandung lebih setahun lepas.Saya tidak habis baca lagi jadi tak boleh review novel 5 cm contengan Donny Dhirgantoro.Apa-apa novel ni mencerita kehidupan gila-gilaan 5 sahabat yang pelbagai kerektor hidup dalam dunia mereka.Tema friendship memang agak biasa dan buku ini bukan la seperti cerita The sisterhood of the Travel pants ya.Tapi 5 cm lebih dari itu.

kenapa buku ini patut baca?kalau ikutkan sebenarnya kita semua memang selalu ingin tahu tentang kehidupan orang lain,tak kira la sesiapa.Jika tak mungkin kamu tidak akan lawat blog ini bukan?:P

nota : curi-curi masa ;P

Friday, May 15, 2009

Expatriate in jakarta


Jakarta doeng!















hampir 32 hari saya tidak update blog.tapi ntah kenapa lagu ternyata oleh band Estrella buat saya mengidam nak update blog.

terima kasih kepada yang menghadiahkan lagu istimewa ni :)melodi dan lirik lagu ni buat saya ingin terbang macam dalam cerita Mukhsin.

rasanya tak sempat saya nak berkongsi pengalaman ke Jakarta.apa-apa pun layan gambar dulu la ok?


nota : terima kasih kepada kawan yang bertungkus-lumus siapkan assignment ketika saya melancong :D

Sunday, April 12, 2009

kosmologi moden

Dan teori nombor



Kosmologi moden dan teori nombor?apa kejadah ni?sequel movie XX-ray Aziz.M.Osman baru ke?

Sebelum tu ini bukanlah pos untuk tugasan yang dipaksa oleh mana-mana pensyarah ya.Sekarang ni trend pensyarah mengguna blog untuk stalk pelajar supaya menyiapkan tugasan mereka semakin popular.Dipaksa untuk post blog seminggu sekali tu kira normal.Tapi rasanya hanya pensyarah dekat MMU suka cara ni.ye ke?ntah la.


Apa-apa pun jika kamu tidak ada idea tentang tajuk kosmologi moden secara ringkasnya ia adalah bidang yang agak luas mengkaji tentang alam semesta serta mengkaji persoalan-persoalan asas pembentukan dan kejadian alam itu sendiri.


Pernah kamu dengar Teori Relatif dari Einstien dan Teori Letupan Besar Stephen Hawking?Teori itu adalah hasil bidang kosmologi.


Jika kamu rasa diri sedikit dibawah tempurung dalam pemikiran fizik semasa .Apa kata kita sama-sama meluang sedikit masa untuk ini.

Back to TOP