Sunday, December 28, 2008







.Siaran Kembali seperti biasa.



Sudah lebih setahun saya bermaustatin dalam dunia blogger melalui blog tak seberapa yang kamu baca sekarang ni.Jika nak dibandingkan dengan umur manusia sebenar,blog ini masih seperti baby yang masih diajar tatih oleh ibunya atau kalau kita ikut situasi zaman moden sekarang baby seusia ini dipaksa belajar untuk menguasai huruf ABC menggunakan kad-kad bergambar atau menggunakan mini laptop yang dibeli di Toys'R'US.Baby yang dapat kuasai dengan cepat semua modul-modul khas yang diajar ibunya akan dihantar ke Smart Kids center untuk kuasai ilmu yang lebih kritikal seperti sains dan matematik.Tak lupa juga diberi susu formula yang kaya dengan kandungan Taurina dan Omega 3.Semua ini adalah untuk memenuhi impian untuk menjadikan baby zaman sekarang sebagai 'SuperBaby' atau melahirkan lebih ramai 'Adiputra'.


kiranya dalam tempoh setahun ni,saya masih seperti baby diatas melalui proses yang sama cuma pendekatan yang berbeza.Contohnya,ABC dan kad-kad bergambar diganti dengan buku-buku bacaan kritikal.Mini laptop Toy'R'Us diganti dengan laptop yang dilengkapi dengan wifi supaya mudah untuk ekses website atau portal di internet untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok orang yang tahu'the known' tak kira dalam perihal isu semasa,politik,keagamaan dan fesyen terkini.Smart Kids pula diganti dengan universiti yang saya menuntut sekarang ini.Taurina dan omega3 pula ditukar denga pil-pil supplement seperti Multivitamin,minyak ikan atau ginko biloba yang susah saya nak habiskan.Semua ini adalah untuk membentuk diri saya seperti 'Superman' yang tak boleh terbang tapi berupaya untuk membantu diri sendiri dan orang sekeliling.


Jadi saya harap entri selepas ini tidak terlalu introvert dan memfokus kepada diri saya.Sekurang-kurangnya seminit anda luang masa diblog ni tidak lah keluar seperti tin kosong biskut jacob.

Jadi selepas ini siaran akan ke udara seperti biasa ok?

Isu hangat hujung Tahun 2008


Blogger terlampau-AdibahAhmad.

Saya yakin jika kamu seorang blogger dan rakyat Malaysia yang prihatin,berita ni masih lagi panas dibincangkan.Isu penghinaan Nabi Muhammad S.A.W bukan lagi ditimbulkan oleh paksi kejahatan barat dan eropah tapi sekarang isu ini muncul pula dalam negara kita sendiri.Beberapa minggu lalu telah muncul satu blog yang penuh dengan artikel penghinaan agama dan Nabi Muhammad S.A.W menggunakan URl nama dan gambar wanita melayu Islam palsu .Perbuatan ini bukan sekadar menjatuhkan imej wanita tersebut malah maruah negara,bangsa dan agama Islam sendiri telah dikoyak rabak begitu sahaja.


Tapi bila fikirkan balik,Masalah ini berpunca dari orang kita sendiri yang kurang sensitif.Kononnya ingin bersifat open minded buka blog untuk suarakan secara terang-terangan isu-isu agama yang tidak sehaluan dengan identiti sendiri dan jika rasa hebat lagi cuba mengada-adakan perkara baru dalam agama.Bukan itu saja,ada golongan bila suarakan pendapat dalam blog atau forum dengan mengutuk agama-agama lain tanpa segan silu..Tak percaya taip saja Islam atau Christian dalam youtube dan baca diruangan komen.Golongan inilah melahirkan kelompok anti-islam dan Islamphobia yang tepu.

jujurnya.Saya amat anti orang golongan ini.

Kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.


Saya dapat tahu berita kemangkatan ketika saya ingin menonton tv dan tiba-tiba semua siaran tv memasang alunan ayat-ayat suci al-Quran. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang berusia 86 tahun telah mangkat kerana diserang angin ahmar pada hari sabtu lepas.Tapi dimakamkan pada hari ini iaitu hari isnin.Dengarnya ramai ahli keluarganya berada diluar negaraketika baginda mangkat sebab tu terpaksa tangguh upacara pengebumian .Perlantikan Yang di-Pertuan baru akan dilaksanakan esok melalui Undang luak berempat.Yang ini sila rujuk buku teks sejarah sekolah menengah.


Al-fatiha untuk baginda.Setiap yang bernafas pasti akan mati.Tidak kira kamu seorang raja yang mempunyai aset berjuta-juta di luar negara dan laborgini convertible atau anda seorang yang miskin tinggal sebatang kara.Semuanya tidak bernilai bila anda meninggal dunia.Semuanya bergantung pada amal ibadat dan kebajikan yang anda lakukan ketika hidup./
sudahkah kita bersedia?

Maah Hijrah dan Palestin.


Syukur dalam kegembiraan.Kalau di Malaysia kita sambut maal hijrah dengan penuh kesyukuran dan lebih manis lagi kalau sempat pergi ke masjid dengan keluarga untuk hadir majlis doa awal dan akhir tahun. Tapi kalau kita di Palestin mungkin kita syukur dalam kesedihan.Mana tidaknya kalau diserang dengan jet pejuang oleh tentera Israel.Seramai 290 orang terbunuh dan 780 orang tercedera dalam tempoh 24 jam!.Bayangkan kalau di Bukit Antarabangsa pun terkorban hanya 5 orang berkabung satu negara.sedih.Ini serangan paling dasyat tentera zionis yang dibantu Amerika dalam tempoh 60 tahun.Adakah kita rela lihat saudara kita menderita ketika sambut tahun baru?


Kita boleh bantu dengan boikot barangan Amerika.Saya akui memang susah sebab banyak barang keperluan keluaran sana.Tapi cuba guna tips ini.Setiap kali anda pesan Big Mac atau McChicken bayangkan daging yang digunakan daging orang islam di Palestin,fries sebagai jari-jari baby Palestin dan air coke sebagai darah-darah mereka.


hah macam mana? Sanggup nak makan?

0 orang ahli fikir:

Back to TOP