Tuesday, December 30, 2008


.Palestin!Palestin!Palestin!.



kalau ada perkataan yang boleh memberi maksud perasaan yang sangat marah dan geram yang melampau,perkataan itulah mengambarkan perasaan saya ketika ini.



Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 ceder-Palestinkini

360 kematian dicatatkan dan 1700 cedera! ya Tuhan malapetaka apakah ini?dimana negara-negara besar Islam pergi?dimana pemimpin-pemimpin Islam bersuara lantang?dimana orang-orang kaya Islam datang menolong?dimana orang-orang muda Islam ketika ini?

Hanya Sedih dan simpati sampai bila?

Kalau saya dan kamu cuma mengeluh simpati tentang Palestin saja kita tidak akan dapat membuat Israel dan sekutunya untuk undur walaupun setapak.Mungkin ada segelintir sudah muak dengan isu ini sehingga menganggap keganasan Israel dan Palestin tidak akan berakhir sampai bila-bila.Ya mungkin mereka mahu kita rasa muak dalam isu ni.Pembunuhan dan serangan setiap bulan seperti drama bersiri yang kita tonton di tv.

Walaubagaimana pun saya cuba untuk berkongsi beberapa langkah yang saya fikirkan mungkin kita dapat lakukan sesuatu dalam isu ini.Ingat terpulanglah kepada kita untuk mem-BANTU atau mem-BATU.

Terpulang...

1.Berdoa.

Doa adalah senjata paling pantas,mudah dan mujarab bagi kita.Tidak semestinya doa yang panjang berjela,cukuplah jika anda menadah tangan dan berdoa "Ya Allah,selamatkanlah hamba-hambamu di Palestin dari kekejaman tentera Israel".Untuk doa yang lebih panjang sila klik
disini.Mudah bukan?.

2.Boikot barangan Amerika.

Negara A.S adalah penyumbang terbesar rejim Zionis,jadi kita perlu boikot produk mereka untuk membantutkan usaha mereka menjadi penyumbang dana terbesar Israel.Ekonomi A.S yang merundum akan lebih terasa jika ramai antara kita memboikot secara konsisten produk-produk mereka.Antaranya McDonald dan Starbuck.Info produk-produk lain sila guna carian Google (sila rujuk tips ke-3).
Bole je curi wifi dan buat assignment lewat malam ditempat lain seperti restoran mamak kan?.

3.Guna produk Amerika.

Kamu boleh guna produk Amerika untuk tujuan kempen membantu Palestin.Contohnya,gunakan blogspot,wordpress dan google untuk mencari atau sebarkan maklumat tentang Palestin.Seboleh-bolehnya guna produk Microsoft atau Adobe yang dicetak rompak sahaja.
Jika anda mahir photoshop atau illustrator keluaran Adobe,bolehlah buat poster tentang Palestin dan upload di forum-forum seperti Lowyat.net.Lagi satu tolong jangan beli satu pun DVD original keluaran hollywood kerana industri inilah yang memberi pulangan besar kepada Amerika.Beli dipasar malam sudey!.Cara ini saya rasa lebih ramai orang boleh lakukan.

4.Derma dan sumbangan.

Bank-in duit sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad-562263010787.Bantuan ini akan disalurkan untuk tabung palestin.Maklumat lanjut sila klik
ini.Kepada perokok sila berhenti merokok dan sumbangkan duit itu ke Palestin.Boleh?.

5.Petition online.

Daftar nama anda untuk menunjuk tanda tidak setuju tentang serangan keatas Palestin.Untuk itu sila klik
disini.Lebih ramai lebih bagus.

6.Sebarkan cerita terkini Palestin.

Ya sebarkan kepada sesiapa yang anda kenal seperti kawan-kawan dan ahli keluarga.Mungkin orang disebelah anda ketika anda menunggu kemudahan awam seperti bas dan LRT.Sesiapa saja anda jumpa bila berkesempatan untuk bertegur sapa.Kalau ada blog gunalah blog.Cara ini akan meyumbang lebih ramai orang untuk lakukan langkah 1-6.


7.Program Palestin di tempat anda.

Buat program-program
free Palestin untuk sebarkan kesedaran tentang kesengsaraan rakyat Palestin ketika ini.Contohnya,buatlah program-program di kampus atau ditempat kerja anda.Mungkin cara ini akan sedarkan kelompok-kelompok yang kurang peka tentang isu ini.


Ayuh!kita buat apa yang termampu.

sekian.

0 orang ahli fikir:

Back to TOP