Monday, January 19, 2009

updated


Punch Line #1




Saya mungkin ada 60 saat sebelum line broadband oleh syarikat Telco C yang saya guna akan
disconnect dengan sendirinya,jadi entri kali ini saya post seringkas yang mungkin.Bukan malas nak update,cuma malas nak layan line broadband yang agak mengada-ngada ni.

dibawah adalah beberapa 'punch line' apa yang berlaku sepanjang beberapa minggu ini yang
menarik perhatian saya.


1.Pengunduran dan gencatan senjata oleh tentera Zionis dari Gaza.

Jangan terpedaya dan leka lagi dengan satu lagi telenovela rejim Zionis terhadap gencatan senjata terbaru.Ini adalah taktik Israel untuk membodek presiden baru Amerika,Barrack Obama yang bertugas secara rasmi hari ini.Kawan-kawan yang memboikot sila terus memboikot yang menderma teruskan menderma selagi boleh.Kempen free Palestin mesti diteruskan.


2.Program 'Save The Palestinian' oleh NGOs sedunia di Bangsar.

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menyertai program yang diberi nama 'Coalition of NGOs Against Persecution of Palestinians'-COMPLETE.Saya akan cerita tentang bagaimana saya boleh sesat sertai aktivis COMPLETE edar flyers sehingga ke Wangsa Maju di entri yang lain.


3.Pilihan raya kecil di Kuala Terengganu.

Taniah kepada PAS kerana memenangi kerusi di KT melalui calonnya Muhammad Abdul Wahid Endut.Nampaknya pembinaan Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam tak dapat memancing undi orang Nganu kita.

Sebenarnya baru saya tahu nak solat di Masjid Kristal dan lawat Taman Tamadun Islam kena bayar RM2!bagi masuk free sudey.

4.Anugerah Juara Lagu ke-23 dimenagi oleh band indie lagi!

Meet Uncle Husin/Hussien/Hussain memang rezeki la menang nasib baik takde Mawi World (ulasan dari Syaher UKM)

5.Mancheter United rampas tempat pertama EPL.

Yang ni memang tak lama.Sekejap jer ni.percayalah


Sekian ringkasan 'punch line' minggu ini.Jumpa lagi minggu depan.Sebelum saya akhiri segmen Punch Line minggu ini,saya tinggal dengan falsafah dari kawan saya.Boleh pakai tak boleh pakai belakang kira.ok?

'Jack of all trade,master of none' - M.H Puteh
*woit areez belanja teh tarik aku promote mencandat nih.

sekian.












Wednesday, January 7, 2009

.sudah habis peperiksaan,jadi?.



Selepas saya menonton pelajar medikal Malaysia di luar negara menghadiri salah satu sesi makmal mereka,saya rasa bersyukur dan akan lebih menghargai sesi makmal sebagai seorang pelajar elektro.Janji.

Setakat programming VHDL,C++ dan Java tu apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan yang ini.


AMARAN KERAJAAN!

kepada siapa yang lemah semangat tolong jangan cuba untuk klik play.Tak pernah saya berasa mual-mual bila menonton video kategori 18SG kecuali yang ini.

jika anda seorang pelajar U dan tekad untuk menonton,tolong ambil ikitbar sesungguhnya ada orang yang terpaksa terima tugasan atau sesi makmal lebih susah dari anda.


.Selamat menonton~

Back to TOP